PROJEK USAHAWAN
7:46 PM | Author: shaeisya
PROJEK ORKID

Diantara kegiatan usahawan di jalankan di Kampung Padang Lalang adalah projek orkid, projek in dijalankan oleh anak jati padang lalang, langkawi sendiri. Mohd Rafie adalah pengusaha orkid di Padang Lalang yang menjalankan projek ini sejak tahun 1991 lg, pelbagai jenis orkid yang di jual dan jenis bunga segar menjadi tempahan dan menarik minat hotel-hotel di langkawi. Terdapat kira-kira 10 jenis orkid di tanam disini antara spesis yang paling banyak iaitu dari jenis"mokara". Mohd Rafie adalah orang yang pertama menjalankan projek orkid di Langkawi dan yang kedua di Negeri Kedah, mengikut perncangan Mohd Rafie ia akan menjalankan projek pokok vanilla pada masa akan datang. Di samping itu juga Mohd Rafie telah menjalankan projek tanaman belimbing dan pokok naga secara sambilan di tapak projek yang sama. Oleh yang demikian Mohd Rafie juga telah memberi khidmat nasihat kepada usahawan-usahawan yang baru berkembang dan mempunyai minat bagi menjalankan perniagaan. Mohd Rafie juga telah mengambil pelajar-pelajar yang menjalankan latihan praktikal seperti UPM, UKM dan Universiti lain di seluruh Malaysia.