PROGRAM CYBERKIDS BERSAMA KOMUNITI
3:15 PM | Author: shaeisya
Maxis cyberkid telah berada di Kedah selama 3 hari pada 4/5/6 Ogos 2009 yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Pendang, sambutan yang ditunjukkan oleh peserta amatlah menggalakkan yang terdiri daripada pelajar tahun 5, penyelia PPIK, guru-guru dan ramai lagi yang terlibat.



PROGRAM INI DIANJURKAN DARI MAXIS CYBERKIDS bersama komuniti bertujuan memberi pengetahuan tentang portal cyberkids yang disediakan di dalam web cyberkids sendiri dan pelajar-pelajar dapat menambah ilmu pengetahuan lebih tinggi lagi tentang portal masa kini dan dunia ICT.

OBJEKTIF

  • Merapatkan jurang digital di dalam komuniti

  • Memperbanyakkan kualiti kehidupan komuniti terutama komuniti luar bandar dengan menyediakan akses kepada pendidikan memeusi teknologi IT.

  • Memoerbaiki sataus taraf kehidupan komuniti dari segi sosio Ekonomi.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI
3:30 PM | Author: shaeisya
Kepulauan Langkawi terdiri dari gugusan 99 buah pulau tropika di persisiran pantai barat laut Semanjung Malaysia ,kira-kira 30km dari Kuala Perlis dan 51km dari Kuala Kedah.Pulau yang di kenali ramai ialah Pulau Langkawi.Pulau Langkawi mempunyai warisan yang begitu unit dan penuh dengan cerita hikayat perwira,burung raksasa,dan puteri jelita dari kayangan.Langkawi dianggap syurga tropika yang mekar dengan tumbuhan khatulistiwa dan didiami oleh habitat yang terpelihara,Langkawi wujud dengan tidak ada tolok bandingnya di antarakepulauan yang sedia ada di Asia Tenggara .Dengan sejarah alamnya bermula dari 500 jutatahu dahulu,pulau ini terdiri dari rangkaian batu-batan yang unik dan merangsangkanimaginasi pengunjung dengan penuh tanda tanya .Gua-gua dihiasi indah oleh rangkaian 'stalaktit'dan'stlagmit'menjemput mereka yang berani untk menjelahi gua-gua tersebut.Pantai di Langkawi yang bersih ,cuaca yang terang dan ceria sesuai untuk pecinta alam menikmati keindahan laut sambil bersantai dan menjalankan aktiviti sukan laut yang mengaksyikkan .


TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI

Tanjung Rhu Langkawi
Tanjung Rhu terletak di sebelah utara Pulau Langkawi dan dinamakan Tanjung Rhu kerana terdapat banyak pokok rhu di sekitarnya .Pemandangan yang indah di sepanjang pantainya pasti memukau setiap mata yang memandang . Perjalanan singkat dengan bot dari Tanjung Rhu akan membawa anda ke pintu masuk Gua Cerita yang menyimpan pelbagai cerita misteri,terdapat tulisan kuno yang masih belum dapat di tafsirkan sehingga kini masih boleh dilihat di dinding -dinding gua tersebut.

Pantai-pantai di Langkawi seperti Pantai Kok,Pantai Cenang,Pantai Tengah,Pantai Pasir Tengkorok Datai dan Teluk Burau.. Pantai-pantai ini menawarkan suasana perkelahan yang yang mengasyikkan .Hotel mewah dan chalet di sediakan untuk kemudahan pengunjung.Bagi penggemar aktiviti lasak ,pelbagai kegiatan yang mencabar boleh diikuti.Manakala bagi penggemar makanan pula ,pelbagai juadah yang enak turut disediakan oleh restoran di hotel-hotel dan medan selera untuk dinikmati.

Tasik Dayang Bunting
Tasik Dayang Bunting terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi ,di kelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau ,merupakan tasik yang terbesar di Pulau Langkawi.Bukit bukau dan gunung ganang di sekeliling tasik tersebut kelihatanseolah-olah sepeti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring (boleh anda perhatikan melalui island hopping)Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu .Lagenda ini bermula dengan percintaan puteri kayanganyang mengahwini putera bumi .Anak sulong puteri tersebut mati apabila di lahirkan.Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut .Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa melalui saat itu ,setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi ditasik tersebut .

Taman Laut Pulau Payar Langkawi
Taman Laut Pulau Payar terletak dibahagian utara Selat Melaka,kira-kira 19 batu nautika ke selatan Pulau Langkawi .Taman laut ini terdiri daripada Pulau Payar,Pulau Lembu,Pulau Seganang dan Pulau Kaca yang dikelilingi oleh batu-batu karang ..Ianya juga dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang mempersonakan .Sesuai untuk aktiviti 'snorkling',menyelam dan berenang .Ada beberapa pantai pasir yang sesuai untuk berkelah ,tempat untuk barbeku dan bilik air di kawasan tertentu.Terdapat juga Kawasan Penerangan Pelawat yang menyediakan matlumat mengenai aman laut ini .Pelawat boleh ke Pulau Payar dari jeti Kuah menggunakan katamaran atau bot laju .Perjalan mengambil masa kira-kira 45minit.

Kuah- Langkawi
Pekan Kuah yang terletak di tenggara Pulau Langkawi merupakan pusat untuk pelancong berkunjung ke pulau-pulau lain dengan menggunakan feri .Nama 'Kuah' ini berasal dari cerita dongeng mengenai pergaduhan di antara dua ekor gergasi yang mengakibatkan sebelanga kari tertumpah di kawasan ini .Sempena dengan peristiwa tersebut ,tempat ini diberi nama 'Kuah'.Dahulunya ,Kuah hanya merupakan sebuah pekan kecil tetapi kini ia merupakan pusat bandar yang begitu maju dengan pelbagai kemudahan penginapan dan perniagaan tetapi ianya tidaklah sesibuk bandar-bandar besar yang lain .Kuah ialah pusat membeli-belh bebas cukai dengan berbag .ai barangan yang bermutu manakala restoran-restoran di sini menghidangkan masakan yang lazat terutamanya makanan laut

Makam Mahsuri Langkawi
Makam Mahsuri terletak kira-kira 12 km dari bandar Kuah .ia meupakan makam peringatan ke atas pengorbanan Mahsuri di Langkawi,sijelita yang telah dituduh melakukan perkara sumbang .Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh ditikam sehingga mati dengan sebilah keris .Menurut lagenda,darah putih mengalir keluar dari tubuh Mahsuri setelah ditikam dan saat-saat menemui ajalnya beliau telah bersumpah ke atas Pulau Langkawi yang mana ia tidak akam maju dan bahagia selama tujuh generasi.Samada dongeng atau mitos,tujuh generasi telah pun berlalu dan sekarang Langkawi mengalami arus pembangunan yang begitu pesat sekali .

Kampung Air Hangat
Kampung Air Hangat terletak dikawasan seluas empat ekar kira-kira 14 km dari Kuah .Kompleks moden ini dihiasi dengan tiga tingkat pancutan iar panas dan mural dari batu sungai sepanjang 18meter yang menceritakan lagenda tempat tersebut .Demontrasi kraft tangan tempatan dan tarian kebudayaan juga diadakan setiap hari .Para pelawat yang meminati kraftangan boleh mengunjungi kedai menjual kraftangan tradisional yang terdapat disini..

Langkawi Anna & The King
Gallery Tempat pengambaran filem yang indah dan mahal ini telah dibina oleh syarikat perfileman 20th Century Fox pada tahun 1999 untuk pembikinan filem 'Anna and The king'.Dibina keseluruhannya daripada kayu kayan tempatan oleh tukang kayu dari Malaysia dan luar negeri ,istana ini menyerupai istana tradisional kerajaan Siam pada zaman silam .

Langkawi Oriental Village
Oriental village merupakan satu lagi destinasi pusat membeli belah ,kebudayaan dan masakan yang terkini dan unit di Pulau langkawi.Direka khas untuk menyediakan suasana baru membeli-belah di pulau peranginanan bebas cukai ,ia juga turut menempatkan restoran-restoran bertema yang menyediakan berbagai jenis masakan Asia Oriental Village menawarkan lebih daripada 470jenis jenama pereka antarabangsa dan tempatan serta 17000 jenis barang pasti memukau mata para pengunjung.Pertunjukan kebudayaan dan fesyen serta demontrasi kraftangan oleh pakar kraftangan menambahkan lagi suasan kemeriahan membeli belah di situ .Ia berdekatan dengan Langkawi Cable Car ,aktiviti menunggang Gajah dan Telaga Tujuh.

water World Langkawi
Di sini kita boleh menyaksikan berbagai hidupan laut yang di tempatkan didalam tangki kaca .Ia terletak di Pantai Cenang dan merupakan pusat tarikan yang menarik di Langkawi .Terdapat lebih 5000 jenis hidupan laut dipamerkan didalam lebih 100 tangki kaca yang berbagai saiz dan jenis .Tarikan utama adalah ikan-ikan yang besar seperti jerung,pari tropika,penyu serta yang terbaru seperti anjing laut ,penguin dan naga laut .Terowong sepanjang 15mtr telah di bina untuk kemudahan pengunjung berjalan sambil melihat keindahan hidupan laut yang mempersona.

Pelayaran ke pulau pulau Pelayaran (langkawi island hopping )ke pulau pulau di sekitar Langkawi amat menyeronokkan kerana pelancong akan dapat menikmati keindahan semulajadi pulau pulau berkenaan .Pelayaran tersebut akan melalui Pulau Dayang Bunting ,Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar .Aktiviti yang menarik semasa island hopping ini ialah melihat burung -burung helang terbang berdekatan dengan kita untuk makan makanan yang di berikan oleh pemandu-pemandu bot pelancong tersebut .

Taman Buaya Langkawi
Taman Buaya Langkawi terletak di Kubang Badak jalan ke Datai dan Pantai Pasir Tengkorak lebih kurang 32km dari pekan Kuah .Disini terdapat lebih 1000 ekor buaya yang terdiri daripada pelbagai jenis spesis untuk tontonan orang ramai .Jika bernasib baik ,para pengunjung akan menikmati pertunjukkan keberanian manusia bermain dengan buaya pada jam atau waktu tertentu .

Dataran Lang Langkawi Dataran Lang terletak berhampiran dengan jeti Kuah .Tarikan utama ialah arca seekor Burung helang..Menurut Lagenda ,Langkawi mendapat nama dari perkataan 'Lang' yang merupakan nama pendek bagi 'helang' .Manakala 'kawi' mengikut istilah melayu kuno bermaksut coklat.Maka Langkawi bermaksud Helang Coklat .Di dataran tersebut terdapat sebuah tasik yang indah ,restoran,jejambat ,jeti dan teres yang berbumbung .Kedudukkannya yang berdekatan dengan pantai menjadikan ia sebuah tempat yang menarik bagi pengunjung yang bersiar-siar dan juga menikmati makan malam.Di samping itu ia juga terletak bersebelahan Taman Lagenda Langkawi . Dataran Lang ini kelihatan amat indah terutama di waktu malam .Arca Helang ini terletak di tempat yang strategik bagi mengucapkan 'Selamat Datang' kepada para pelawat yang mengunjungi Langkawi .

Galeria Perdana Langkawi
Galeria Perdana yang terletak di Kilim 10km dari Kuah menempatkan kira-kira lebih 2500 hadiah dan anugerah negara yang dihadiahkan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ,Tun Dr. Mahathir dan isteri .Bahan pameran yang terdapat di sini termasuklah barangan kristal ,barangan kulit,perak,tembaga,seramik dan kaca.Terdapat juga alatan seni muzik dan kraf silam,bahan tekstil dan senjata .Diantara bahan yang turut dipamerkan adalah koleksi prototaip kereta dan pacuan empat roda . Pelawat tidak dibenarkan mengambil gambar didalam galeri ini.Sebuah kedah cenderahati terletak di galeria tersebut menjual gambar gambar bahan pameran yang di pamerkan.

Laman Padi Langkawi
Merupakan lokasi yang mesti dilawati oleh para penggemar pelancongan berasaskan pertanian .Terletak di Pantai Cenang ,kawasan pantai peranginan yang terkemuka Langkawi dan hanya 10minit dariLapangan Terbang ,Laman Padi Langkawi menjadi pusat untuk mempamirkan sejarah ,warisan dan kemajuan industri penanaman padi negara .Diantara tarikan disini ialah muzium beras yang mempamirkan artifak ,carta dan gambar menunjukkan kepentingan penanaman padi kepada negara.Pelawat berpeluang menikmati pemandangan laman ini dari taman atas bumbung .Anda boleh cuba menanam padi menggunakan cara tradisional serta menuai menggunakan cara moden .Terdapat juga restoran serta pusat urut disitu .

Taman Legenda Langkawi Taman ini mengandungi pokok pokok bunga dan buah buahan tempatan yang memberikan satu pemandangan yang cantik dengan berlatarbelakang kan bangunan warisan Malaysia dan bahan bahan kebudayaan .Di dalam lawatan tersebut anda akan dapati segala kisah sejarah dan tempat tempat yang terdapat di Langkawi di ceritakan di sini .

Komplek Budaya Kraf Langkawi
Terletak di Teluk Yu di sebelah utara Pulau Langkawi ,kira kira 30 minit perjalanan dengan kenderaan dari lapangan terbang atau 35 minit dari pekan Kuah .Terletak di atas bukit mengadap laut ,komplek yang indah ini menawarkan berbagai jenis kraftangan Malaysia seperti batik tulisan tangan dan barangan perak yang di ukir halus .

Tasik Dayang Bunting Langkawi
Tasik Dayang Bunting terletak disebelah selatan Pulau Langkawi ,dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau ,merupakan tasik yang terbesar di kepulauan Langkawi .Deretan bukit dan gunung di sekeliling tasik tersebut kelihatan seolah-olah seperti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring.Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu .Lagenda bermula dengan percintaan puteri kayangan yang mengahwini putera bumi .Anak sulung puteri tersebut mati selepas di lahirkan .Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut .Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa mulai dari saat itu ,setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi di tasik itu .

Sungai Kilim Langkawi Untuk mereka yang gemar menghayati keindahan alam ,Langkawi menawarkan pemandangan indah dan pengalaman yang sukar dilupakan ,aktiviti pelayaran dengan bot ke Taman Alam Sungai Kilim,sebuah dunia yang berlainan sama sekali . Taman seluas 100kmpersegi ini diselubungi kehijauan hutan paya bakau yang dilindungi ,serta ditaburi pantai terpencil yang putih bersih dan teluk kecil dengan air yang biru dan jernih .Struktur batu kapur yang muncul dari lantai paya bakau dan laut membentuk keunikan geologi yang menakjubkan dengan gelaran seperti kuil Borobudur,Batu Gajah dan Taman Gantung.Selain itu Gua Cerita dan Gua Kelawar yang dikaitkan dengan lagenda dan pelbagai kisah cinta dan misteri menanti anda .

Langkawi -Telaga Tujuh (Seven Wells)Telaga Tujuh terletak disebelah barat laut Pulau Langkawi ,Telaga Tujuh merupakan telaga yang terbina dari kejadian bumi yang menakjubkan .Dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini terbentuk dari pecahan 7 telaga semula jadi .Kehijauan pepohon disekitar Telaga Tujuh menambahkan lagi suasana tenang disekelilingnya .Mengikut lagenda ,puteri-puteri dari kayangan sering mandi-manda di telaga ini.
3:14 PM | Author: shaeisya
Sejarah mkam mahsuri
Mahsuri

Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.
Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak.


Menurut anggaran, kehidupan awal Mahsuri adalah ketika Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.
Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Maya dan Mak Andam (ada menyatakan nama ibunya adalah Mak Endah Alang) datang dari Siam. Pandak Maya boleh dikatakan sabagai orang yang berada di Langkawi kerana mempunyai tanah sawah yang luas dan terlibat dengan perniagaan sarang
Burung Layang-layang Padi.
Kelahiran Mahsuri turut dibayangi lagenda apabila sesetengah masyarakat percaya bahawa selepas ibunya (yang tidak pernah mempunyai anak) memakan kerak
nasi yang dijumpai di sawah, akhirnya mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan bernama Mahsuri. Kehidupan Mahsuri dikhabarkan adalah seperti anak gadis Melayu yang lain yang diasuh dengan tatasusila dan kesantunan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, dikatakan kejelitaan Mahsuri membawa kepada buah mulut dan kecemburuan masyarakat setempat terutamanya di kalangan kaum wanita.
Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wah Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.

Fitnah
Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan
syair dan dendang.
Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.
Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa mertuanya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.


Batu penanda tentang kematian Mahsuri.
Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan
darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.
Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun
1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.

Sumpahan Mahsuri
Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah
Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus.
Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol dan disiksa tentera
Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah yang teruk.
Penutup Sumpahan
Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana. Ketika
Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana tempat pengkebumian Mahsuri. Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.
Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan pekerja untuk membina makam Mahsuri). Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah binti Wan Nawawi menetap di pulau
Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki.
Kebetulan pula ketika itu, Langkawi menjadi pusat pelancongan dan jualan bebas cukai lalu menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu. Perdana Menteri Malaysia yang keempat,
Tun Dr. Mahathir turut membantu mempromosikan Langkawi dengan menambahkan infrastruktur dan menjadikannya pusat pertunjukan seperti LIMA

Misteri Sumpahan Mahsuri
Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak.Kehidupan MahsuriKehidupan awal Mahsuri adalah sewaktu Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Maya dan Mak Andam (ada menyatakan nama ibunya adalah Mak Endah Alang) datang dari Siam. Pandak Maya boleh dikatakan sabagai orang yang berada serta kaya di Langkawi kerana mempunyai tanah sawah yang luas dan terlibat dengan perniagaan sarang Burung Layang-layang Padi.
Kelahiran Mahsuri turut dibayangi lagenda apabila sesetengah masyarakat percaya bahawa selepas ibunya (yang tidak pernah mempunyai anak) memakan kerak nasi yang dijumpai di sawah, akhirnya mengandung dan melahirkan Mahsuri. Kehidupan Mahsuri dikhabarkan adalah seperti anak gadis Melayu yang lain yang diasuh dengan tatasusila dan kesantunan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, kecantikan Mahsuri membawa kepada iri hati dan kecemburuan masyarakat setempat terutamanya di kalangan kaum wanita. Masakan tidak kerana di mana sahaja orang asyik memuji-muji kejelitaannya.Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wah Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.Fitnah Yang Menimpa Mahsuri
Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri pada ketika itu sedang hamil sewaktu Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan Wan Derus, Mahsuri dikatakan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika itu, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi. Dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.Kebolehan Deramang bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya juga sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditangkap dan dijatuhi hukuman bunuh oleh bapa mertuanya sendiri akibat termakan hasutan isterinya itu. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang diseret ke Padang Matsirat (pusat Langkawi ketika itu), untuk dijatuhkan hukuman mati. Mahsuri diikat di sebatang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat pada alang rumahnya.Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ianya seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.
Walaupun dipujuk dan dirayu oleh ibu bapa Mahsuri, hukuman terus dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa sebarang belas kasihan. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih yang membuktikan dia seorang wanita yang suci dari dosa serta kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun melawan. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.
Sumpahan MahsuriSeminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus.Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol dan disiksa tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah berleluasa.Penutup Sumpahan
Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana. Sewaktu Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana Mahsuri dikebumikan. Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan pekerja untuk membina makam Mahsuri). Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah binti Wan Nawawi menetap di pulau Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki.Kebetulan pula ketika itu, Langkawi menjadi pusat pelancongan dan jualan bebas cukai lalu menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu. Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir turut membantu mempromosikan Langkawi dengan menambahkan infrastruktur dan menjadikannya pusat pertunjukan seperti LIMA.Walaupun misteri sumpahan Mahsuri sudah berakhir (barangkali), namun hakikatnya segala kejadian itu sudah ditentukan dalam catatan takdir. Terpulang pada kebijaksanaan masing-masing untuk mentafsirkannya. Apa yang pasti, kisah Mahsuri tetap menjadi lagenda yang sukar dilupakan. Mungkin kisah tersebut terus berulang dalam kehidupan kita yang semakin moden ini. Akibat sifat iri hati dan fitnah, orang yang tidak berdosa menjadi korban.











2:57 PM | Author: shaeisya
NAMA DAN SEJARAH MUKIM

Nama Mukim Ayer Hangat diambil sempena kewujudan sebuah telaga air panas di dalam mukim ini. Mukim ini dipercayai mula dibuka oleh penduduk yang berketurunan Melayu-Thai dalam sekitar 200 tahun yang lalu. Bahasa perantaraan yang digunakan oleh penduduk di mukim ini ketika itu adalah bahasa Siam. Sehingga sekarang kebanyakan penduduk terutamanya generasi lama masih lagi menggunkan bahasa Siam sebagai bahasa perantaraan mereka. Pusat kegiatan bagi penduduk di mukim ini adlaah berpusat di Pekan Kampung Padang Lalang. Selain itu, terdapat beberapa kampung rangkaian yang menjadi kampung utama bagi Mukim Ayer Hangat. Keluasan Mukim ini adalah 63.77 KM persegi.
Lokasi kedudukan Mukim Ayer Hangat terletak di utara Pulau Langkawi. Jarak mukim ini daripada Pekan Kuah sejauh 16km. Mengambil masa perjalanan selama lebih kurang 20 minit perjalanan dengan motorkar. Mukim Ayer Hangat merupakan salah sebuah mukim daripada 6 mukim yang terdapat di Daerah Langkawi. Mukim ini adalah sebuah mukim yang indah dengan alam persekitaran serta langskap semulajadi yang masih belum tercemar. Aspek-aspek yang telah menyumbang ke arah ini antaranya adalah kewujudan hutan paya bakau yang tumbuh dengan subur di sekitar mukim ini. Kedaan ini bukan sahaja satu permandangan yang menarik malah satu aset yang unik kepada Mukim Ayer Hangat. Selain itu, Mukim Ayer Hangat juga mempunyai pantai yang putih bersih akan memberikan kepuasan kepada setiap pengunjung yang datang seperti Pantai Tanjung Rhu dan Pantai Pasir Hitam.
1:30 AM | Author: shaeisya




AKTIVITI

Samperna sambutan Haru Guru pada 16/5, PPIK Pdg Lalang dan Perpustakaan Pdg Lalang telah mengadakan program untuk pelajar-pelajar sekolah rendah. Kami mengadakan pertandinagn membuat kad Hari Guru semperna sambutan Hari Guru.
















BENGKEL LATIHAN ICT DI PULAU TUBA
12:39 AM | Author: shaeisya

Pada 13/03/2009 - 15/03/2009 pihak JKKK Kampung Kepala Bukit telah menjemput pihak Maxis (PPIK) untuk menyertai program anak angkat di Pulau Tuba, Langkawi. Oleh itu, pihak Maxis telah memilih 5 PPIK untuk menyertai program tersebut. Antara PPIK yang terlibat ialah PPIK Pekan Pendang, PPIK Hujung Bandar, PPIK Paya Kerchut, PPIK Kepala Bukit dan PPIK Padang Lalang.Kami mengadakan Program 'Jom Belajar Internet'. Pihak Maxis telah menyediakan 20 laptop untuk kegunaan penduduk kampung Pulau Tuba. Seramai 550 orang peserta yang menyertai bengkel tersebut. Program ini bermula dari jam 9.30 pagi sehingga 1.00 petang. Pada sebelah petang dan malam kami juga mengadakan lawatan dari rumah ke rumah penduduk Pulau Tuba sambil mengajar Internet.





Selain Maxis, wakil NGO lain juga terlibat dalam program ini. Antaranya Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah, dan Jabatan Kesihatan Kuah, Langkawi. Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya Forum Khas, pemeriksaan kesihatan,sukaneka,dan gotong royong.



Walaupun masa yang kami ada begitu singkat, kami mendapat galakan dari penduduk kampung.Mereka dapat mempelajari internet dengan baik walaupun hanya dalam masa yang singkat. Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak JKKK Kampung Kepala Bukit keran menjemput kami untuk menyertai program tersebut. Kepada penduduk Pulau Tuba, terima kasih diucapkan kerana memberikan layanan yang baik dan memberikan kerjasama kepada kami.





































11:36 PM | Author: shaeisya
Negara terbilang menerusi ICT


Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Malaysia tidak dapat disangkal dengan kadar penembusan penggunaan internet, meningkat daripada 11.4 peratus pada 2003 kepada 12.7 peratus pada 2004, dengan peningkatan sebanyak 3.3 juta pelanggan. Tidak kurang juga peningkatan dalam penggunaan telefon bimbit iaitu meningkat kepada 14.5 juta pada tahun lalu, pertambahan sebanyak 12 peratus berbanding 43.9 peratus tahun sebelumnya.
Dari sudut teknologi, Malaysia tidak terkebelakang dengan adanya sistem telekomunikasi generasi ketiga (3G), hotspot WiFi dan perkhidmatan talian pelanggan digital asimetrik (ADSL).
Peningkatan ini menunjukkan bahawa usaha kerajaan dalam mengembangkan budaya ICT kepada setiap rakyat sebagai teras mewujudkan masyarakat berilmu
di samping memastikan jurang digital tidak menjadi satu faktor kemiskinan pada masa depan bukan sekadar cakap kosong malah suatu yang tidak mustahil dicapai.
Ramalan bahawa jumlah pengguna internet adalah sebanyak 10.3 juta orang pada suku pertama tahun ini, manakala kadar celik internet pula dianggarkan hampir 40 peratus. Jumlah pelanggan jalur lebar internet di negara ini pula meningkat sekali ganda menjadi hampir 300,000 dengan bilangannya dijangka terus meningkat kepada 1.3 juta pelanggan pada tahun depan.
Mengorak langkah merealisasikan usaha tersebut, kerajaan, menerusi Pelan Jalur Lebar Kebangsaan (NBP), mensasarkan kadar celik jalur lebar sebanyak 10 peratus menjelang tahun 2008. Pelan tersebut turut mempertingkatkan usaha memperluaskan kemudahan jalur lebar di kawasan bandar-bandar kecil dan daerah perkampungan menjelang tahun 2010.
Langkah tersebut diperhebatkan lagi dengan usaha membestarikan semua sekolah di seluruh negara dengan menyediakan pelbagai kemudahan ke arah melahirkan sekolah bestari. Menurut Perdana Menteri, kerajaan pernah mengambil langkah dengan membina sekolah-sekolah bestari yang lengkap dengan infrastruktur yang menerapkan ciri-ciri ICT, namun kos tinggi yang terpaksa ditanggung membuatkan kerajaan melaksanakan langkah baru iaitu membestarikan sekolah yang sedia ada.
Berkeluasan 15 kilometer x 50 kilometer, merangkumi Putrajaya, Cyberjaya, Taman Teknologi dan Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Koridor Raya Multimedia (MSC) yang ditubuhkan pada tahun 1996 dilihat berjaya menjadi pemangkin pertumbuhan industri ICT negara yang menyaksikan ia berkembang 8.3 peratus pada tahun lalu, lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.2 peratus bagi tempoh sama.
Pada masa ini MSC menjadi hos kepada 48 syarikat operasi perkongsian perkhidmatan dan penyumberan luar (SSO) berkelas dunia, yang mewujudkan kira-kira 11,200 peluang pekerjaan.
Justeru, bertepatan dengan keadan ini, sebagai langkah menghasilkan tenaga kerja yang berpengetahuan luas bagi memenuhi standard ICT yang diperlukan, kerajaan turut mengambil inisiatif dengan menubuhkan Institut Pembangunan Bakat MSC-ICT.
Semuanya dengan harapan, agar budaya ICT ini dapat membawa negara ke arena pasaran sumber manusia yang lebih kompetatif dan berkualiti disamping memiliki ciri-ciri inovatif, kreatif dan berteraskan pengetahuan tinggi dalam menghadapi permintaan global yang senantiasa berkembang. Ini secara tidak langsung membariskan sumber manusia tempatan setanding dengan kumpulan sumber manusia terbaik dunia.
Usaha kerajaan ini secara tidak langsung turut dilihat sebagai satu promosi bagi negara dalam membawa peranan sebagai pintu masuk ke pasaran global di samping menonjolkan peranan serta kedudukan Koridor Raya Multimedia (MSC) sebagai hab industri berasaskan ICT.
Menerusi usaha ini, negara, syarikat-syarikat berasaskan ICT antarabangsa yang beroperasi di sini berupaya mengakses pasaran global tanpa sebarang sempadan termasuk negara-negara anggota ASEAN, China, India dan negara Asia Barat. Pada masa ini, beberapa syarikat multinasional (MNC) telah menjadikan Malaysia sebagai landasan memasuki pasaran ke negara China.
Malah syarikat-syarikat terkemuka seperti Disney, Sony, Nintendo, Gameboy, Channel V dan beberapa studio di Hollywood turut menunjukkan kepercayaan mereka terhadap usaha kerajaan ini menerusi penawaran perkhidmatan mereka kepada syarikat-syarikat ICT tempatan.
Keadaan ini sudah pasti akan melahirkan syarikat tempatan yang berstandard antarabangsa. Syarikat ‘glokal’ ini bukan sahaja berupaya menaikkan ekonomi dan taraf hidup sumber manusia tempatan malah ia juga mampu menonjolkan nama negara ke persada dunia menerusi nama negara; Malaysia.
Keupayaan serta usaha kerajaan dalam merealisasikan negara dengan corak budaya koridor raya ini sememangnya suatu langkah yang perlu dipuji. Kebaikan yang diperoleh daripada implimentasi budaya ICT ini tidak dapat disangkal, merangkumi setiap aspek kehidupan rakyat.
Peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan ICT ini perlu seiring dengan dasar-dasar kerajaan yang lain terutamanya konsep Islam Hadhari yang mementingkan penerapan ajaran Islam yang menyeluruh bukan sahaja merangkumi aspek ritual semata-mata.
Prinsip-prinsip Islam Hadhari yang sepuluh itu perlulah diseiringkan dengan budaya ICT yang diperkenalkan berlandaskan ilmu pengetahuan yang tuntas supaya kelak tidak wujud kebejatan ‘canggih’ yang secara tidak turut dibawa oleh budaya baru kelahiran era globalisasi ini.
Agama, adat, adab dan aspirasi membawa negara sebagai sebuah negara siber ini perlulah beriringan dengan kesepuluh prinsip Islam Hadhari supaya kemajuan mutlak dapat dicapai. Pengukuhan matlamat berdasarkan nilai-nilai luhur bukan sahaja mampu membuahkan hasil yang lumayan kepada negara dan rakyat, malah, secara tidak langsung turut melahirkan masyarakat yang berbudi pekerti dan berkualiti.
Dalam usaha menjadikan masyarakat Malaysia celik ICT dan merapatkan jurang digital ini, masing-masing mempunyai peranan yang tersendiri. Perkara pokok adalah masing-masing perlu memahami bahawa kemudahan itu perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya. Rakyat perlu menggunakannya untuk membina upaya, menambah nilai dan memperkasakan diri, syarikat serta industri masing-masing, bukan menyalahgunakannya bagi tujuan negatif seperti menabur fitnah atau melayari laman lucah.