PengLIBAtan SukARElawan
12:06 AM | Author: shaeisya
PENGLIBATAN SUKARELAWAN dalam penyelia telecenter. Di kebanyakan negara, sukarelawan menawarkan pelbagai faedah kepada program. Mereka menyumbang tenaga dalam menyelia telecenter, suatu perbelanjaan operasi di mana banyak pusat komuniti tidak mampu menanggungnya. Di telecenter serata dunia, ramai penuntut kolej, pesara, guru dan lain-lain menyediakan latihan dan bantuan bersemuka dan berkumpulan. Sukarelawan juga boleh menyumbang dalam membuat keputusan di telecenter kerana mereka terdiri daripada pelbagai bidang dan institusi komuniti.

Pentingnya meningkatkan kesedaran tentang maklumat ICT sebagai sumber yang berguna bagi individu, keluarga, organisasi dan komuniti. Telecenter yang banyak tapi bilangan pengguna yang tidak mencukupi mencerminkan pandangan sempit masyarakat mengenai hubungan ICT dengan keperluan keluarga atau komuniti. para petani misalnya boleh mengumpul maklumat senarai harga keluaran pertanian seperti padi, getah dan kelapa sawit serta menggunakan untuk berunding dengan pihak ketiga. Kempen-kempen yang lebihmeluas boleh dilaksanakan bagiu menyebarkan faedah-faedah maklumat yang boleh didapati dari internet sebagai sumber penting dalam kehidupan seharian.

Penyelidikan memainkan perana yang penting dalam membina telecenter berdaya maju. Tidak banyak yang dilakukan atau sumber yang digunakan dari segi penyelidikan dalam pengkajian operasi telecenter. Penilaian yang sistematik ke atas projek-projek pusat ICT boleh menggalakkan pihak kerajaan dan pihak swasta melihat isu ini sebagai agenda yang penting untuk dibincangkan. Kakitangan telecenter patut mempunyai peralatan yang membantu memantau keperluan komuniti, memberi gambaran demografik kawasan, mementau operasi secara sistematik dan memeriksa penyebab dan impak secara sistematik.
PUSAT JALUR LEBAR(KOMUNITI)
11:37 PM | Author: shaeisya
PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI(PJK) yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia(SKMM) adalah bertujuan memberi kemudahan capaian Internet kolektif kepada komuniti tempatan di dalam daerah-daerah Pemberian Perkhidmatan Sejagat(PPS).

Bagi tujuan ini, setiap PJK akan dilengkapi dengan kemudahan Internet jalur lebar dan peralatan IT terkini bagi memberi pendedahan terhadap teknologi komputer dan Internet kepada masyarakat di luar bandar agar setaraf dengan masyarakat di bandar masa kini.

Disamping itu juga, beberapa perisian dan kemudahan Internet khusus akan dibangunkan dan beberapa aktiviti berkaitan IT akan dianjurkan di setiap PJK agar komuniti tempatan dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan dengan sebaik-baiknya bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka.