maklumat semasa
10:07 AM | Author: shaeisya
info : kursus PPIK di Kuala Lumpur
kursus : Latihan Kempimpinan kapasiti penyelia
tempat : Hotel Corus Kuala Lumpur
Tarikh : 17 November 2008 - 20 November 2008 ( 4 hari )
info semasa
10:00 AM | Author: shaeisya
Perjumpaan ppik cawangan utara : kedah /perlis
Tempat : Pejabat Daerah Pendang,Kedah
Tarikh : 11 November 2008 ( Selasa )
Masa : 10.00 pagi

info :
mengenal perjalanan serta perkembangan Pusat Perkhidmatan & Ilmu Komuniti ( PPIK )dan perbincangan mengenai penambahbaikkan perjalanan aktiviti serta penerangan mengenai PPIK
LATIHAN KEPIMPINAN LANGKAWI
4:12 PM | Author: shaeisya
Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) di bawah projek USP Fasa Kelima telah menaik taraf telecenter-telecenter seperti Pusat Internet Desa (PID) dengan menubuhkan Pusat Perkhidmatan dan Ilmu Komuniti (PPIK). Pusat ini dianggarkan akan memberi manfaat kepada pengguna seramai 1.7 juta orang menjelang akhir tahun 2010.

PPIK dengan objektif merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat di luar bandar, bukan sahaja memberi penekanan pada pembentukan masyarakat yang berpengetahuan atau K-Komuniti, ia juga boleh memfokuskan pada peningkatan tahap ekonomi masyarakat di luar bandar disamping meningkatkan pengetahuan sistem penghataran secara dalam talian serta menggalakkan penggunaan aplikasi elektronik

Bagi merialisasikan matlamat ini, penyelia-penyelia serta ahli-ahli komuniti terlebih dahulu dibekalkan dengan latihan kemahiran ICT dalam usaha menjadikan PPIK sebagai pusat komuniti. Selain itu, pihak Kementerian juga telah mengambil inisiatif untuk memberi pengiktirafan persijilan antarabangsa kepada mereka selepas menjalani latihan pusat bagi mengendalikan PPIK.
PROGRAM PPIK
4:10 PM | Author: shaeisya
Di bawah Rancangan Malaysian Kesembilan(RMK9)kerajaan telah meluluskan RM 150 juta untuk membangunkan projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) sehingga tahun 2010. projek ini akan memberi penekanan kepada pembangunan modal insan di samping kemudahan-kemudahan infrastruktur.



Sebanyak 250 lokasi sedang dibangunkan bagi meningkatkan pembangunan modal insan di serata negara sementara 500 lokasi lagi untuk laman web komuniti dan pembangunan.



Menerusi perlaksanaan projek USP Fasa satu hingga Empat, sebanyak 1,089 lokasi di luar bandar merangkumi sekolah, perpustakaan desa dan klinik desa telah dilengkapkandengan kemudahan komputer dan talian internet secara percuma.
sejarah blog ppik padang lalang..
3:50 PM | Author: shaeisya
Blog ini ditubuhkan pada 6/11/2008 oleh penyelia ppik langkawi ia bertujuan menyebarkan maklumat-maklumat berkaitan ppik dan lain2