LATIHAN KEPIMPINAN LANGKAWI
4:12 PM | Author: shaeisya
Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) di bawah projek USP Fasa Kelima telah menaik taraf telecenter-telecenter seperti Pusat Internet Desa (PID) dengan menubuhkan Pusat Perkhidmatan dan Ilmu Komuniti (PPIK). Pusat ini dianggarkan akan memberi manfaat kepada pengguna seramai 1.7 juta orang menjelang akhir tahun 2010.

PPIK dengan objektif merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat di luar bandar, bukan sahaja memberi penekanan pada pembentukan masyarakat yang berpengetahuan atau K-Komuniti, ia juga boleh memfokuskan pada peningkatan tahap ekonomi masyarakat di luar bandar disamping meningkatkan pengetahuan sistem penghataran secara dalam talian serta menggalakkan penggunaan aplikasi elektronik

Bagi merialisasikan matlamat ini, penyelia-penyelia serta ahli-ahli komuniti terlebih dahulu dibekalkan dengan latihan kemahiran ICT dalam usaha menjadikan PPIK sebagai pusat komuniti. Selain itu, pihak Kementerian juga telah mengambil inisiatif untuk memberi pengiktirafan persijilan antarabangsa kepada mereka selepas menjalani latihan pusat bagi mengendalikan PPIK.
|
This entry was posted on 4:12 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: