2:57 PM | Author: shaeisya
NAMA DAN SEJARAH MUKIM

Nama Mukim Ayer Hangat diambil sempena kewujudan sebuah telaga air panas di dalam mukim ini. Mukim ini dipercayai mula dibuka oleh penduduk yang berketurunan Melayu-Thai dalam sekitar 200 tahun yang lalu. Bahasa perantaraan yang digunakan oleh penduduk di mukim ini ketika itu adalah bahasa Siam. Sehingga sekarang kebanyakan penduduk terutamanya generasi lama masih lagi menggunkan bahasa Siam sebagai bahasa perantaraan mereka. Pusat kegiatan bagi penduduk di mukim ini adlaah berpusat di Pekan Kampung Padang Lalang. Selain itu, terdapat beberapa kampung rangkaian yang menjadi kampung utama bagi Mukim Ayer Hangat. Keluasan Mukim ini adalah 63.77 KM persegi.
Lokasi kedudukan Mukim Ayer Hangat terletak di utara Pulau Langkawi. Jarak mukim ini daripada Pekan Kuah sejauh 16km. Mengambil masa perjalanan selama lebih kurang 20 minit perjalanan dengan motorkar. Mukim Ayer Hangat merupakan salah sebuah mukim daripada 6 mukim yang terdapat di Daerah Langkawi. Mukim ini adalah sebuah mukim yang indah dengan alam persekitaran serta langskap semulajadi yang masih belum tercemar. Aspek-aspek yang telah menyumbang ke arah ini antaranya adalah kewujudan hutan paya bakau yang tumbuh dengan subur di sekitar mukim ini. Kedaan ini bukan sahaja satu permandangan yang menarik malah satu aset yang unik kepada Mukim Ayer Hangat. Selain itu, Mukim Ayer Hangat juga mempunyai pantai yang putih bersih akan memberikan kepuasan kepada setiap pengunjung yang datang seperti Pantai Tanjung Rhu dan Pantai Pasir Hitam.
|
This entry was posted on 2:57 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: